Bismillah...dengan mnyebut nama Allah y maha pengasih lagi maha penyayang..
Sendiri..menyepi by edcoustik~
berulang-ulang kali mndengar nasyid ini sejak semalam,mungkin lagu ini berkongsi cerita dan rasa yang sama..
Sendiri Menyepi Sendiri Menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan.. perlahan kucari, mengapa diriku hampa mungkin ada salah, mungkin ku tersesat, mungkin dan mungkin lagi.. Oh Tuhan aku merasa sendiri menyepi ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi sampai kapan ku begini resah tak bertepi.. kembalikan aku pada cahayaMu ..yang sempat menyala benderang di hidupku..
Terasa kosong?jauh,hilang atau diri tidak memijak di bumi..Dan jawapannya seperti nasyid...segalanya mungkin..dan mungkin..
Teringat nasihat murobbi,roh dan jasad itu tugasnya berbeza dan manusia itu terdiri dari dua elemen tersebut..Maka bila pengurusannya berat sebelah,maka dirinya akan musnah,binasa...
Dan antra roh dan jasad,kita sering memberi makanan kpda jasad..pujian dan anugerah kpda fizikal..dan akhirnya roh dijadikan bnda yang tidak utama...hakikatnya tugas roh itu untuk membina taqwa,dan taqwa itulah nilaian y berat disisi Allah..
Al Hujurat13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kesilapan manusia y juga merupakn seorang dae sering kali mencampurkan aspek roh dan jasad dan memaksa kedua-duanya untuk bekerja dan berfungsi pada medan y tidak sepatutnya..Bila jasad seharusnya berada dibawah dan roh tahapannya di atas tidak lgi ditempatnya mulalah manusia sudah tidak lagi ckup dengan khidupan dunia..roh tidak lg mnjalankan tugas membina taqwa,sudah sibuk dgan urusan dunia cthnya terlalu kuat mngumpul harta,kurang berzikir dan sebagainya..Akhirnya,datanglah penyakit kerana melawan sunnahtullah dan roh akan kalah..
Rasulullah pernah bersabda:
Cukuplah makanan menghilangkan laparmu,pakaian menutup auratmu,rumah untuk berteduh,kalau ada kenderaan,alangkah baiknya..
Senang cakap,konsepnya harta benda dan apa yang ada dibumi bukannya untuk berlebih-lebihan ..bermewah-mewah..Practicalnya susah untuk diamalkan..bukan semudah mnaip kata2 di papan laptop..Allahu Robbi!!
Dunia hnya tempat laluan,dunia seharusnya dijadikan tempat bekalan untuk dekat dengan Illahi dan menyuburkan hatinya..Barangsiapa yang menganggap tempat berbekal sebagai tempat berseronok,dia akan menggerakkan segalanya untuk menikmati dunianya dan melupakan rohnya...
Imam Ahmad pernah ditanya adakah serseorang itu dianggap zuhud jika memiliki 1000 dinar?dan dia mnjawab"ya,apabila dia tidak gembira apabila bertambah dan tidak bersedih apabila berkurang..
seperti mana Zuhri pernah ditanya tentang zuhud dan dia mnerangkan apabila seseorang berjaya mngawal jiwa dari makanan syahwat..
Subhanallah,bila menelusuri sirah2 Rasullah dan para sahabat baginda...mereka sgt hidup bersederhana ..Abdurrahman bin Auf yang sgt suka berbisness dan menderma,abu bakar As sidiq,umar Al khattab dan isteri baginda sendri Saiditina Khadijah...Allah redha dengan mereka seperti mana gelaran pada nama-nama mereka...radiallahuan..
Rasulullah pernah bersabda dunia ini manis dan menghijau dimata,dan Allah meletakkn ia sebgai amanh ke atas hambanya..
Terkadang mngasingkan diri itu baik...Beruzlah pada hakikat sebenarnya..(dari segala bentuk kejahatan dan keharusan yang berlebihan)..sudah tiba masa meletakkan jasad dan roh ditempat y sepatutnya..mudah-mudahan Allah melapangkan dada kita dan mengikis semua kesedihan..
Ibnu Taimiyah ada mnyebut"tidak dapat tidak,seorang hambanya harus beruzlah untuk beribadah kepada Allah,berzikir kepadaNya,membaca ayat-ayatNya,memohon keampunananya..dan menjauhkan diri dari kejahatan dan sebagainya..
saya tertarik dengan kata-kata Ali bin Abdul Aziz Al-Jurjani
mereka katakan padaku..
"Kau adalah orang yang penuh kedukaaan,padahal mereka sebenarnya mereka melihat seorang lelaki yang terlempar dalam kehinaan.."
Jika mereka katakan inilah sumber penderitaan,au menjawab
"aku tahu itu!"akan tetapi jiwa yang dibiarkan bebas sebenarnya menanggung derita.
Aku tidak menunaikan ha ilmu jika segalanya kutujukan untuk kerakusan padahal semua ini adalah perantara..Lantas apakah aku perlu bersedih dan melakukan perbuatan hina yang bererti aku telah mengikut jalan kebodohan..Sekalipun ilmu mampu menjaga pemiliknya,ilmu itu tidak akan dapat menjaganya.jika mereka perlu mendapat sanjungan kerana sebenarnya setiap jiwa telah terasa tersanjung.Akan tetapi ,mereka menghinakan diri dan mengotori diri dengan ketamakan sehingga wajah mereka kelihatan masam..
buat semua duat,jom sama2 koreksi diri dan bermuhasabah...kdng-kdang kita sering mersa kekosongan jiwa lantas kita mngabaikan hak-hak y sepatutnya ...jasad dan roh itu perlu diberi makanan y seimbang..
p/S;mari saling mendoakn untuk ikhwah/akhwat semua..;)..exam lusa,bitaufiq u saya antunna y exam end round ENT!!,,haa sy sgt rajin menulis di kala exam hmpir mnjelang...impuls sgt laju bergerak pada masa ini!!..;)
ukhtikum fillah..